PETALING JAYA – Tambang bas bagi semua perjalanan untuk balik beraya kurang dua minggu lagi naik mendadak, sekali gus memberi tekanan kewangan kepada mereka yang mahu pulang ke kampung. Permintaan tinggi dikatakan antara punca harga tiket bas dari Lembah Klang ke Pantai Timur dan utara meningkat ketara sehingga RM120 bagi perjalanan sehala. Tinjauan Kosmo! di platform penjualan tiket mendapati, kebanyakan tiket bagi destinasi popular seperti Kelantan dan Terengganu beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri sudah habis ditempah. Bagi laluan Terminal Bersepadu……














