PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan pelajar lelaki yang dilihat santai berinteraksi dengan seekor monyet liar mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads oleh @Mhd.fnnnn, pelajar-pelajar tersebut dilihat duduk di sebuah pondok kecil sambil mengusap dan bermain dengan seekor monyet yang berada berhampiran mereka.
“Ingatkan kucing lah yang mereka usap-usap tu,”ujarnya
Menjengah ke ruangan komen, kebanyaan netizen terhibur dengan gelagat pelajar berkenaan selain memuji sikap mesra mereka terhadap haiwan.
“Orang lelaki tidak terlalu rumit, dengan sesiapa sahaja mereka boleh berkawan,” ujar @John.m.76.
“Syarat lelaki untuk berkawan mudah sahaja, asalkan hidup,” kata @Syed_aieman.
“Bagus anak-anak ini, sifat penyayang mereka terserlah walaupun terhadap haiwan,” komen @Mizd_.- KOSMO! ONLINE
View on Threads














