fbpx
MARISA sentisa memohon ampun dan memperbanyakkan istighfar sepanjang menjayakan penggambaran drama Walid yang mengkat kisah ajaran sesat.

‘Takut Allah bagi ‘cash’, saya minta ampun, istighfar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Marisa Yasmin mendedahkan terlibat dengan naskhah Walid yang mengangkat kisah ajaran sesat menuntutnya sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT setiap kali menjayakan babak sensitif termasuk menjadi imam kepada jemaah lelaki serta wanita.

Menurut Marisa atau nama sebenarnya Marisa Yasmin Marriam Yaakob, 49, diadiulit rasa bimbang dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada golongan agamawan bagi memastikan dirinya memahami konteks agama agar tidak terpesong akidah.

“Setiap kali melakonkan babak ajaran sesat seperti jadi imam wanita, saya akan buat persediaan secara mental.

“Jika keesokan hari ada babak sebegitu, saya akan berdoa dan memohon keampunan daripada Tuhan dengan menjelaskan tiada niat nak memesongkan akidah orang serta meminta diberikan kekuatan.

“Saya cuma menyampaikan mesej menerusi watak tersebut dan takut Allah bagi ‘cash’ (balasan).

“Jadi, saya akan minta ampun malam sebelum penggambaran dan istighfar banyak-banyak,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Iftar Viu Together Gather di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Marisa sedia maklum bakal menerima kecaman hebat disebabkan watak lakonannya dan jalan cerita Walid.

Dia bagaimanapun menegaskan niatnya hanya mahu menyebarkan kesedaran tentang realiti tersembunyi yang wujud dalam masyarakat hari ini.

“Secara tidak langsung, kami berdakwah sebab ajaran sesat memang berlaku dan inilah cara untuk buka mata orang ramai.

“Mengenai babak menjadi imam wanita, saya memang bersedia terima sebarang kecaman atau dakwaan cuba memesongkan umat Islam.

“Kalau wujud imam wanita di Malaysia, masyarakat sepatutnya lebih peka dan risau kerana perkara tersebut secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam,” ujarnya.

Selain Marisa, drama Viu Original itudibintangi Faizal Hussein, Aqasha, Vanidah Imran dan pelakon Indonesia, Olla Ramlan.

Naskhah arahan Pali Yahya itu merupakan sekuel drama Bidaah sebelum ini disiarkan pada 26 Februari lalu menerusi platform Viu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN