fbpx
ACOSTA mencipta kejayaan sensasi apabila menjuarai perlumbaan sprint dan naib juara GP Thailand baru-baru ini. - AFP

Acosta perlu jadi juara dunia MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pelumba sensasi KTM, Pedro Acosta memasang misi besar apabila bersedia memburu gelaran dunia MotoGP musim 2026 selepas mempamerkan aksi memukau pada perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix (GP) Thailand, baru-baru ini.

Kejayaan menaiki podium di Litar Buriram itu meletakkan pelumba muda Sepanyol tersebut di puncak carta kejuaraan, malah membuktikan kematangannya mencabar dominasi barisan juara dunia yang lain.

Ketua kru pasukannya, Paul Trevathan menyifatkan fokus luar biasa yang ditampilkan Acosta sebagai petanda jelas pelumba berusia 21 tahun itu hanya mempunyai satu misi tunggal musim ini, menamatkan saingan sebagai juara dunia.

“Pedro berada di sini untuk satu perkara, iaitu memberikan segala-galanya yang dia ada untuk cuba bergelar juara dunia.

“Sangat sukar dipercayai melihat sejauh mana dia mampu bekerja keras dan kekal fokus. Usaha yang dicurahkannya sejak tahun lalu hingga kini adalah sesuatu yang sangat luar biasa,” kata Trevathan.

Walaupun menamatkan saingan musim 2025 di kedudukan keempat keseluruhan, namun Acosta gagal untuk mencatat sebarang kemenangan perlumbaan.

“Dia masih muda dan semakin matang sebagai seorang lelaki setiap tahun. Dia cuba memahami setiap situasi dan apa sebenarnya tanggungjawab sebagai pelumba MotoGP.

“Tahun lalu adalah proses untuk dia menyusun strategi perlumbaan. Dia memang mempunyai kelajuan sejak hari pertama, tetapi kita harus ingat semua pelumba di atas litar ini juga laju dan terdiri daripada barisan juara dunia,” tambah Trevathan.

Menjelang pusingan kedua di Brazil, Acosta kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan tujuh mata di depan Bezzecchi, manakala pemenang lapan kali gelaran dunia, Marquez ketinggalan 23 mata di belakangnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN