fbpx
Anthony menegaskan siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada projek pembangunan di sekitar lebuh raya menjejaskan sistem saliran sehingga menyebabkan banjir.

Kontraktor perlu bertanggungjawab jika projek punca banjir R&R Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pemaju dan kontraktor yang menjalankan pembangunan di sekitar Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai (arah selatan) perlu bertanggungjawab sekiranya projek itu dikenal pasti menjadi punca banjir kilat di laluan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kejadian banjir besar di lebuh raya milik PLUS yang berlaku semalam mungkin berkait dengan pembangunan baharu di sepanjang kawasan terbabit.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada projek pembangunan di sekitar lebuh raya menjejaskan sistem saliran sehingga menyebabkan banjir.

“Sepanjang laluan lebuh raya terdapat banyak projek kawasan baharu yang diterokai dan dibangunkan, jadi perkara itu perlu diteliti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komuniti Taman Coral Heights Sikamat di sini, hari ini.

Semalam, hujan lebat berterusan selama sejam telah menyebabkan kawasan Hentian dan Rawat R&R Nilai dilanda banjir kilat sehingga air melimpah masuk ke ruang makan premis di kawasan tersebut termasuk ke kawasan lebuh raya turut dinaiki air sehingga sesak sejauh 12 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN