fbpx
Dron Iran meletup berhampiran sebuah sekolah menengah di kampung Shakarabad, Republik Autonomi Nakhchivan semalam. - ZUMAPRESS.com

Dron Iran serang lapangan terbang, sekolah Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKU – Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas dron dipercayai dari Iran membedil sebuah lapangan terbang dan sebuah sekolah di Azerbaijan, lapor akhbar New York Post. 

“Serangan terhadap wilayah Republik Azerbaijan ini melanggar norma dan prinsip undang-undang antarabangsa serta bertujuan meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini,” kata Kementerian Luar Azerbaijan dalam satu kenyataan. 

Kementerian itu menyatakan, pihaknya memanggil Duta Iran di Baku untuk menuntut penjelasan berhubung serangan tersebut. 

Sebuah lagi dron Iran dilaporkan meletup berhampiran  sekolah menengah di kampung Shakarabad, Republik Autonomi Nakhchivan, lapor saluran berita Azeri Report. 

Republik Autonomi Nakhchivan di Azerbaijan bersempadan dengan barat laut Iran dan Armenia. 

“Kami menuntut Republik Islam Iran menjelaskan isu ini segera dan mengambil langkah yang perlu bagi mengelakkan insiden sedemikian berulang pada masa hadapan,” tambah kementerian sama di Baku. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI