fbpx
ENGGAN kisah perceraiannya menjadi antara cemuhan umum, Zulin Aziz nekad tidak seinci pun akan berkongsi punca keruntuhan mahligai perkahwinannya dengan bekas suami.

Tiada keperluan saya nak kongsi punca cerai – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selesa mengunci mulut, pelakon juga pengacara Zulin Aziz kekal dengan prinsip enggan berkongsi kepada umum mengenai punca perceraian dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, menjaga aib kedua-dua belah pihak adalah keutamaannya, tambahan pula perpisahan antara mereka berlaku secara baik.

“Saya berpisah secara baik dengan bekas suami. Hubungan kami dengan kedua-dua belah keluarga pun masih baik.

“Saya memang tidak mahu berkongsi apa-apa (punca perceraian) atau buka aib sesiapa, ditambah pula sekarang bulan Ramadan dan mahu menjaga silaturahim kami.

“Kami dah berbincang baik-baik dan sepakat untuk mengunci mulut,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Katanya, dia memilih untuk menyimpan kemas punca perpisahan selepas melihat trend golongan selebriti sering menerima kecaman apabila timbul cerita perceraian.

“Orang cakap senang, kenapa bercerai? Mudah saja orang ramai melabel artis sebegitu seolah-olah bercerai macam beli baju.

“Tapi mereka tidak duduk dalam kasut kita, disebabkan itu saya tak kongsikan punca cerai sebab tiada keperluan pun.

“Saya selesa dengan prinsip ini selepas melihat pengalaman orang lain yang bercerita tentang kisah penceraian mereka. Saya ambil ini sebagai iktibar,” kongsinya.

Berkongsi tentang keadaan emosinya, dia kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan dan status baharu.

“Saya kini dalam fasa pemulihan terutama secara emosi. Perlahan-lahan, kehidupan saya berjalan macam biasa, gelak ketawa untuk menutup rasa duka.

“Saya tidak suka terlalu emosi, kerja saya pula kena buat lawak. Kalau menangis, biarlah di rumah saja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zulin mengejutkan ramai apabila mendedahkan selesai idah dan sah bercerai dengan bekas suami pada 18 Disember tahun lalu. Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022 namun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI