fbpx
Anggota bomba memeriksa kebakaran khemah menjual bunga api di Bagan Sungai Besar, Sabak Bernam.

Gempar khemah jual bunga api terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Suasana di Bagan Sungai Besar di sini, gempar apabila kawasan sebuah khemah jualan bunga api di kawasan itu terbakar semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.57 petang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata,
pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar terlibat dalam operasi tersebut.

Jelasnya, api berjaya dipadamkan daripada terus merebak dan kertas siasatan dibuka pihaknya mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai terutama penjaja yang menjual bunga api ketika musim perayaan supaya lebih berwaspada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, lima anggota termasuk pegawai BBP Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.57 petang.

“Pemeriksaan mendapati berlaku kebakaran di bahagian belakang gerai itu. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI