fbpx
HUKUMAN terhadap tujuh pemain warisan dan juga FAM dikekalkan oleh CAS.

CAS kekalkan hukuman kepada tujuh pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya seperti yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini.

Bagaimanapun, larangan itu hanya terhad kepada perlawanan rasmi dan kelonggaran diberikan bagi membolehkan pemain berkenaan menjalani aktiviti bola sepak bersama kelab masing-masing.

“Ini bermakna para pemain boleh menyambung latihan dengan kelab masing-masing sepanjang tempoh larangan. Oleh itu, rayuan para pemain sebahagiannya diterima dan hukuman terbabit dipinda sebahagiannya.

“Larangan daripada bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026, dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang telah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CAS.

Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomás Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menerusi kenyataan sama, CAS mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditolak dan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 kepada FAM kekal berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN