fbpx
Anggota Perhilitan menambah dos ubat pelali untuk mengukur saiz seekor beruang matahari yang memasuki perangkap di RPT Kesedar Limau Kasturi 2, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Beruang matahari bersarang atas pokok manggis akhirnya masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 100 buah keluarga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Limau Kasturi 2 di sini menarik nafas lega selepas seekor beruang matahari yang berkeliaran dan membuat sarang atas pokok manggis sejak lebih setahun akhirnya masuk perangkap hari ini.

Haiwan liar itu ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 2.30 pagi tadi.

Seorang penduduk, Mohd. Rozaidi Hassan, 34, berkata, perangkap itu diletakkan di tepi rumahnya sejak tiga hari lalu.
“Saya keluar membuat pemeriksaan sebelum mendapati haiwan tersebut sudah berada dalam perangkap yang dipasang pihak Perhilitan,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Seorang lagi penduduk, Khairol Husin, 39, berkata, beruang matahari itu menjadi ancaman penduduk apabila sarang kelulut yang diusahakan sering menjadi sasaran selain mencari makanan dan minyak masak.

Seorang lagi penduduk, Habsah Daud, 52, berkata, dia pernah terserempak dengan haiwan liar tersebut secara dekat ketika keluar menoreh getah pada awal pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI