fbpx
Namewee ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN /KOSMO!

Status representasi Namewee diketahui 8 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 8 April ini bagi mengetahui status representasi penyanyi rap kontroversi, Namewee membabitkan pertuduhan memiliki bahan terlarang iaitu racun berjadual Sildenafil di sebuah hotel, tahun lalu.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas peguam bela, Nur Aminahtul Mardhiah Md Nor yang mewakili Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 43, memaklumkan pihaknya akan menghantar representasi berkenaan dalam tempoh seminggu.

Prosiding itu turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal.

Pada 19 Januari lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 43, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki 0.78 gram (g) Sildenafil di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay, di sini, pada pukul 4.30 petang, 22 Oktober 2025.

Pertuduhan dikemukakan berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah bagi pertuduhan memiliki 1.57g dadah jenis methamphetamine di tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau dikenakan hukuman denda maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret berlainan di sini melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan mengambil dadah jenis amphetamine, methamphetamine, 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carbolic Acid (THC) dan ketamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI