fbpx
PEMANDU pacuan empat roda yang sedang lalok merempuh penunggang dan pembonceng motosikal hingga maut dalam kemalangan di Jalan Rencong, Lenga, Muar, semalam.

Pemandu ‘lalok’ rempuh penunggang, pembonceng motosikal hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pemandu pacuan empat roda yang sedang lalok dadah merempuh penunggang dan pembonceng motosikal hingga maut di Jalan Rencong, Lenga, Muar awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 8.42 pagi melibatkan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku semasa pacuan empat roda tersebut yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dari arah ke Lenga telah masuk ke laluan bertentangan.
“Kejadian tersebut berlaku semasa di selekoh sebelum pacuan empat roda tersebut bertembung dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal, Norman Ahmad, 47, dan pembonceng iaitu bapa saudaranya, Sa’at Kassim, 77, yang kedua-duanya tidak bekerja dan beralamat di Kampung Bukit Bandar, Bukit Kepong mengalami kecederaan parah.

“Kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dan mereka meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut ke atas pemandu pacuan empat roda tersebut menjumpai bahan disyaki dadah iaitu 20 biji pil eramin 5 seberat 5.15 gram dan syabu seberat 0.39 gram, manakala ujian saringan air kencing mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI