“SAYA sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu, untuk berhenti bermain bola, asalkan saya selamat, keluarga saya selamat! Masih terngiang ungkapan pernah keluar daripada mulut bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim ketika muncul kali pertama di khalayak ramai selepas tragedi hitam menimpa dirinya ekoran disimbah asid yang hampir meragut karier dan masa depan. Kalau diikutkan hati, cukuplah untuk bercakap tentang Faisal, tetapi naluri penggemar bola sepak tetap mahu berbicara khususnya selepas melihat apa dijelmakan pemain bertubuh kecil ini. Antara perkara yang……













