fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir melanda beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara yang terjejas di Perak adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pahang pula, kawasan terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong, manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan yang meliputi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Di Johor hanya melibatkan Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” lapor MetMalaysia.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN