fbpx
Penerbit A. Aida memberi bayangan kini menutup aurat sepenuhnya selepas berkongsi sekeping foto berhijab di Instagram.

“Bukan sebab manusia…” – A. Aida beri bayangan kini bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bertudung bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati.”

Itu perkongsian terbaharu penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida yang memuat naik foto di laman sosial dengan memakai hijab.

Perkongsian tersebut meraih maklum balas sahabat baiknya juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

Daripada komen, dipercayai hasrat menutup aurat sepenuhnya sudah terdetik sejak dimasukkan ke hospital pada September tahun lalu.

“Janji dengan ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Terima kasih ustaz, moga Allah pelihara kita semua. Alhamdulillah syukur Allah,” ujarnya.

Transisi pemilik syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd itu menggembirakan rakan seperjuangan lain termasuk Rozita Che Wan dan Lisdawati.

Malah ramai netizen turut mendoakan kesejahteraannya selain berharap agar dia terus istiqamah.

“Cantiknya sayangku,” tulis pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

Terdahulu, A. Aida atau Zaidah Awang, 56, dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan selepas rebah usai menjalani fisioterapi sebelum ditidurkan.

Selepas tiga minggu iaitu pada pertengahan Oktober 2025 dia dibenarkan pulang dan menjalani fasa pemulihan di rumah.

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata itu pernah bertudung sekitar 2018 tetapi kembali melepaskan rambut dua tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN