fbpx
Salah seorang daripada kumpulan motosikal terjatuh sebelum seorang demi seorang turut mengalami nasib sama. - Istimewa

Tak sempat pecut, ‘mat rempit’ jatuh berbondong-bondong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan penunggang motosikal terjatuh beramai-ramai ketika mahu memulakan aktiviti lumba haram di sebuah kawasan lampu isyarat, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di simpang Gembongan, Sukoharjo, wilayah Jawa Tengah kelmarin.

Dalam satu video tular di media sosial, kumpulan pemuda itu dilihat mengambil tempat masing-masing ketika memunggu lampu isyarat yang sedang merah.

Sejurus lampu bertukar hijau, mereka memecut motosikal bagi memulakan perlumbaan haram sebelum salah seorang daripada kumpulan itu terjatuh ketika melakukan aksi ‘wheelie’.

Lelaki tersebut melanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya sebelum seorang demi seorang daripada mereka terjatuh beramai-ramai.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Mari tepuk tangan biar meriah,” kata seorang netizen.

“Mereka fikir ini arena Mandalika (Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika)?” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI