fbpx
Johan dan keluarga semasa menunaikan ibadah umrah

Keluarga Jojo Ghazali masih terkandas di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluarga atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka ke tanah air dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.

Perkongsian itu dibuat oleh Zack Rahim menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan keluarga tersebut yang tiba di Madinah sejak awal Ramadan sepatutnya sudah berlepas pulang ke tanah air, namun berdepan pembatalan saat akhir.

Menurutnya, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan tersebut berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan. Lebih merisaukan, tiada tarikh baharu dapat diberikan setakat ini.

“Malah MAS turut menasihatkan sekiranya mereka masih belum ke lapangan terbang, agar tidak meninggalkan lokasi penginapan sehingga dimaklumkan mengenai jadual penerbangan baharu,” katanya.

Difahamkan, Jojo berada di sana bersama ahli keluarga lain bagi menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI