fbpx
Pemain KCFC, Jimmy Raymond diasak tonggak import Imigresen FC dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Liga Super: Kuching City terus ‘tekan’ Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING City FC tekad terus memberi tekanan terhadap Selangor FC dalam usaha memintas kedudukan kedua Liga Super selepas menewaskan Imigresen FC dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

Pada perlawanan itu, skuad tuan rumah kendalian Yusri Che Lah tampil dengan semangat juang apabila beraksi di Kangar buat kali pertama selepas menggunakan Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan sebagai laman sendiri sebelum ini.

Namun, hasrat The Mighty Tigers untuk meraih keputusan positif tidak kesampaian selepas jaringan penyerang prolifik Kuching City, Ronald Ngah Wanja menjaringkan gol pada ke-85 menghampakan peminat tuan rumah.

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak mengakui terkejut dengan tentangan sengit yang diberikan oleh Imigresen sehingga hampir menyukarkan misi pasukan untuk raih tiga mata.

“Ini perlawanan yang sukar dan pujian wajar diberikan oleh Imigresen dan Yusri kerana mempamerkan peningkatan ketara. 

“Namun, kita capai objektif untuk raih tiga mata supaya dapat terus beri tekanan kepada Selangor FC dan KL City (rebut posisi No. 2 Liga Super),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN