fbpx
Umat Islam mengerjakan umrah di kota suci Mekah semasa bulan Ramadan pada 14 April 2023. - AFP

58,873 jemaah umrah diminta tidak panik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kerajaan Indonesia memantau rapi seramai 58,873 jemaah umrah di Arab Saudi susulan perang yang semakin sengit di Asia Barat sehingga menyebabkan gangguan pada jadual penerbangan, lapor agensi berita ANTARA. 

Ketua Pengarah Pelaksanaan Haji dan Umrah Indonesia, Puji Raharjo berkata, pihak berkuasa memantau situasi di samping menggesa jemaah untuk bertenang dan kekal berhubung dengan penganjur umrah masing-masing.

“Kami menasihati semua jemaah umrah untuk tidak panik. Kekal tenang dan teruskan berhubung dengan penganjur perjalanan anda untuk mendapatkan maklumat rasmi serta terkini,” kata Puji dalam satu kenyataan.

Beberapa syarikat penerbangan telah mengubah laluan dan menangguhkan jadual sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah peningkatan ketegangan serantau, yang berpotensi menjejaskan jemaah umrah di Arab Saudi dan mereka di Indonesia yang menunggu untuk berlepas.

Puji meminta penganjur perjalanan untuk bekerjasama dengan Pejabat Urusan Haji Indonesia (KUH), Konsulat Jeneral di Jeddah dan Kedutaan Indonesia di Riyadh bagi memastikan tindak balas segera terhadap sebarang perkembangan.

“Kementerian Haji dan Umrah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa domestik dan Arab Saudi untuk memastikan keselamatan dan ketenteramaan jemaah umrah Indonesia yang sentiasa menjadi keutamaan kami,” tambahnya. 

Rakyat Indonesia dinasihatkan untuk kekal tenang, mengelakkan diri daripada menyebar maklumat belum disahkan dan merujuk kepada maklumat rasmi daripada penganjur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN