fbpx
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln belayar di Laut Arab pada 11 Februari lalu. - AFP

Iran dakwa 4 misil balistik mengenai kapal induk USS Abraham Lincoln

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa bahawa empat peluru berpandu balistiknya berjaya membedil kapal pengangkut USS Abraham Lincoln di rantau Teluk, dengan media pemerintah memujinya sebagai serangan langsung ke “jantung” kuasa tentera laut Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Hindustan Times semalam. 

“Kapal pengangkut pesawat AS, USS Abraham Lincoln telah ditembak oleh empat peluru berpandu balistik,” kata IRGC dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media tempatan.

Ia memberi amaran bahawa ‘darat dan laut akan menjadi tanah perkuburan untuk penceroboh dan pengganas’.

Markas Perintah AS (CENTCOM) dengan segera menafikan dakwaan itu dengan berkata: “Lincoln tidak terkena (serangan) dan kapal induk itu masih melancarkan jet.”

Pertukaran dakwaan itu berlaku ketika operasi bersama AS-Israel menentang Iran yang dilancarkan kelmarin, memasuki hari kedua semalam. 

Serangan itu membunuh beberapa pegawai kanan Iran, termasuk pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei. 

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan aset AS dan pangkalannya di rantauTeluk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI