fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sekolah rendah perempuan di Minab, wilayah hormozgan selepas diserang peluru berpandu Israel. - IRIB TV/AFP

Angka korban serangan sekolah di Iran meningkat kepada 108

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Angka kematian akibat serangan peluru berpandu Israel yang menyasarkan sebuah sekolah rendah perempuan di selatan Iran meningkat kepada 108 orang, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

Sekolah Shajareh Tayyebeh yang terletak di Minab, wilayah Hormozgan itu dibedil ketika Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran. 

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyifatkan serangan itu sebagai tindakan kejam dan satu lagi halaman hitam dalam rekod jenayah yang tidak terkira banyaknya. 

Bulan Sabit Merah Iran melaporkan bahawa siri serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 201 nyawa dan mencederakan 747 orang di seluruh negara.

Pegawai Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang berpangkalan di Geneva berkata, ia telah mengerahkan pasukan tindak balas ke sekolah tersebut. 

Seorang pegawai tempatan melaporkan bahawa sekolah yang terletak kira-kira 600 meter dari pangkalan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) disasarkan tiga serangan peluru berpandu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI