fbpx
LOKASI kejadian kemalangan yang meragut 3 pelajar membabitkan tiga buah motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya, awal pagi tadi.

Tiga pelajar maut, tiga motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tiga remaja termasuk seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tambak Paya di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 3.50 pagi itu mengorbankan Muhammar Adiff Farihin Mohd. Anuar, 15, Muhammad Azmi Abdul Rahimah dan pembonceng, Nur Khairiah Mat Mazlin masing-masing berusia 16 tahun.

Ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 4.02 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

Siasatan awal mendapati nahas membabitkan dua buah motosikal dari arah Bukit Katil menghala ke Tiang Dua, manakala sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi, ketiga-tiga kenderaan itu dipercayai bertembung di tengah jalan. Akibatnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Seorang lagi penunggang motosikal berusia 18 tahun cedera parah di kepala, tangan dan kaki. Remaja itu dirawat di Zon Merah, Hospital Melaka.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati semua mangsa tidak memiliki lesen memandu yang sah. Tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka atau saksi di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga motosikal mengalami kerosakan teruk dan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN