fbpx
SESKO akan terus kekal menjadi ‘supersub’ buat United selepas mempamerkan prestasi terbaik menerusi gol yang dijaringkan sejak beberapa perlawanan lalu. - AFP

EPL: Carrick enggan tukar pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Michael Carrick akan terus mengekalkan formula kemenangan pasukan itu dengan meletakkan penggempur utama, Benjamin Sesko di bangku simpanan.

Sesko meledak lima gol dalam enam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris dan tiga daripadanya adalah hadir ketika dia masuk sebagai pemain gantian termasuk dua kali meledak gol kemenangan ketika menentang Fulham dan Everton.

Biarpun prestasi itu menyebabkan ramai mendesak Carrick meletakkan Sesko sebagai pemain dalam kesebelasan utama, pengurus itu percaya bahawa perancangan ketika ini berjaya memberi manfaat besar buat pasukan.

“Saya fikir semua yang kami lalui ketika ini sangat positif. Ben sangat bagus dalam banyak perkara dan meletakkannya di bangku simpanan kemudian menjadi supersub dengan meledak gol bukanlah satu drama.

“Dia memiliki kualiti dan sudah dibuktikan sejak beberapa minggu lalu. Kami bermain secara berpasukan dan sentiasa mahu memenangi perlawanan,” katanya.

Perkembangan itu menyaksikan Carrick meletakkan kepercayaan penuh kepada kesebelasan utama yang digunakan sejak enam perlawanan lalu dan cuba mengelak untuk membuat perubahan termasuk menjadikan Sesko sebagai ‘talian hayat’ terakhir mereka.

Sementara itu, Carrick mengakui berharap pemain pertahanannya, Harry Maguire akan terus kekal di Old Trafford ketika kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

“Pengalaman sangat penting. Harry memiliki semua itu dengan beberapa kelab sebelum ini, anda boleh lihat prestasinya ketika ini, saya fikir dia sangat penting untuk United,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN