fbpx
GYOKERES akan menjadi sandaran Arsenal untuk merobek gawang Chelsea pada aksi derbi London awal pagi esok. - AFP

EPL: Arteta makin percaya sentuhan Gyokeres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya Viktor Gyokeres kini berada di landasan terbaik untuk terus ‘mengganas’ ketika menentang Chelsea awal pagi esok sekali gus membantu pasukan kekal di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang antarabangsa Sweden berusia 27 tahun itu yang menyertai The Gunners dari Sporting Lisbon pada tahun lalu mempamerkan peningkatan prestasi walaupun pada awalnya bergelut menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak England.

Lebih menarik, tahun 2026 boleh dianggap sebagai tuah buat Gyokeres yang mula menemui sentuhan penyudahnya dengan lapan gol dalam semua pertandingan sejak Januari lalu.

Menurut Arteta, peningkatan prestasi Gyokeres dianggap hasil daripada keserasian yang semakin baik antara rakan-rakan sepasukan.

“Apabila Gyokeres sudah ada momentum untuk menjaringkan gol pasti prestasinya semakin meningkat dan keyakinan turut bertambah. Saya anggap kini dia kini lebih memahami liga, rakan sepasukan dan rentak permainan.

“Secara peribadi, saya tidak pernah meragui kualiti yang ada pada Gyokeres dan sekarang kita perlu cari jalan bagaimana untuk memaksimumkan kelebihannya di posisi serangan.

“Dia penyerang yang luar biasa. Kami perlu membekalkan bola kepadanya dengan cara yang betul dan dia juga semakin memahami sistem pasukan,” katanya.

Sementara itu, Arteta tidak mahu terlalu memikirkan rekod buruk Chelsea yang gagal mencatat kemenangan dalam lapan aksi liga terakhir menentang The Gunners dengan fokus memburu tiga mata penting.

“Apa yang berlaku sebelum ini tidak relevan kerana setiap perlawanan ada konteks berbeza. Fokus kini adalah untuk kekalkan tangga teratas hingga penghujung musim nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN