fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir hampir seluruh negara hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis),Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Jasin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat),” lapor MetMalaysia.
Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN