fbpx
Peta laluan tentera Jepun yang menyerang dari utara ke selatan Semenanjung Tanah Melayu dan seterusnya ke Singapura.

300,000 tentera, 670 pesawat diguna Jepun gempur Tanah Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hari ini tanggal 27 Februari pada 1948, kerajaan Jepun mengeluarkan jumlah rasmi tenteranya yang terlibat dalam serangan ke atas Tanah Melayu sepanjang 9 Disember 1941 hingga Ogos 1945.

Menurut rekod rasmi yang dikeluarkan Arkib Negara, seramai 300,000 tentera Jepun terlibat dalam operasi ketenteraan diketuai Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita.

Selain itu, sebanyak 670 pesawat tempur digunakan sepanjang kempen tersebut dengan 331 daripadanya dilaporkan musnah dalam peperangan.
Operasi ketenteraan Jepun itu dirancang secara teliti dan tersusun termasuk membawa unit sokongan lengkap seperti kumpulan menggali perigi, platun pembersihan air dan kompeni sanitasi bagi memastikan kelangsungan operasi di medan perang.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tentera mereka di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 sebelum berjaya menawan keseluruhan Tanah Melayu pada 31 Januari 1942.

Tempoh penjajahan tersebut berakhir pada 13 September 1945 menerusi satu upacara penyerahan kuasa yang berlangsung di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Surat penyerahan kuasa tanpa syarat ditandatangani bagi menandakan tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas hampir empat tahun pemerintahan tentera Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN