fbpx
Tangkap layar rakaman memaparkan sebuah kenderaan berpatah balik dan memandu secara lawan arus di Lebuh Raya Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Pemandu Jaecco lawan arus ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.09 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 6 petang apabila kenderaan jenis Jaecoo J7 berwarna putih dipandu secara melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan kereta Perodua Myvi yang berada di laluan tersebut.

“Pemandu Perodua Myvi iaitu wanita tempatan tidak mengalami kecederaan, manakala lelaki tempatan yang memandu Jaecoo J7 pula ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 atau Ibi Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, sebuah rakaman memaparkan tindakan pemandu sebuah kenderaan berpatah balik di tengah lebuh raya yang sesak sehingga tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN