fbpx
Poster stok darah dikongsikan Pusat Darah Negara pada Facebook hari ini.

Di mana pemilik darah A dan O?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia terutama pemilik darah jenis A dan O dirayu untuk terus menderma darah mereka memandangkan stok dijangka menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

Pusat Darah Negara menerusi hantaran Facebook mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendermakan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Adiwira Darah A dan O diperlukan segera. Stok darah dijangka akan menurun pada bulan Ramadan dan cuti perayaan.

“Hadirlah menderma darah sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keperluan pesakit mencukupi,” menurun hantaran berkenaan hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.pdn.gov.my untuk lokasi pendermaan darah terkini sekitar Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN