fbpx
Dua kenderaan di kuarters penjawat awam di Presint 18, Putrajaya yang hilang tayar serta komponen kenderaan dipercayai dicuri. Foto THREAD AMIR ZAHAREE

‘Buat warga Putrajaya, berjaga-jaga musim merembat kembali lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang didakwa dicuri dalam kejadian di sebuah perumahan kuarters penjawat awam di Presint 18, Putrajaya.

Menerusi gambar dikongsikan pengguna Thread Amir Zaharee, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di tempat letak kereta di kawasan kuarters berkenaan.

Gambar pertama melibatkan Perodua Axia warna merah yang hilang keempat-empat tayar, manakala satu lagi kereta Perodua Axia warna biru gelap dengan bahagian hadapan terbuka serta dipercayai hilang beberapa komponen kenderaan.

“Buat warga Putrajaya, berjaga-jaga musim merembat kembali lagi. Kasihan pemilik yang tanggung. Kejadian di Presint 18. Kalau tu je kereta yang dia ada, terduduk beb. Sentiasa peka,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama penduduk Putrajaya yang marah dengan kejadian itu, malah ada mendakwa ia pernah berlaku sebelum ini.

“Ini memang modus operandi yang sama tiap-tiap tahun bila dah nak raya. Motosikal LC, Superbike, ADV kena rembat. Kereta lagi lah kena juga. Tiap-tiap tahun masih sama saja. Tak raya puasa, raya haji,” dakwa seorang pengguna Thread.

“Satu hari nanti pencuri tu mesti kena punya,” kata seorang lagi pengguna Thread.

“Bulan puasa kot, Allahuakbar semoga pemilik kereta dipermudah urusan,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN