fbpx
Anggota forensik menyiasat SUV X70 yang terkena tembakan dalam kejadian di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) melihat keperluan pembekalan senjata api dan jaket kalis peluru untuk para pegawainya bagi menjamin keselamatan ketika bertugas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, perkara itu merupakan antara skop yang boleh diperbaiki dalam masa terdekat.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) awal pagi tadi menghubungi dan meminta saya memaklumkan apa yang kita perlukan untuk beliau usahakan.

“Antara perkara yang kita lihat adalah pegawai AKPS tidak dibekalkan senjata api, jadi itu adalah satu skop yang mungkin boleh diperbaiki dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, keperluan jaket kalis peluru juga perlu dipertimbangkan bagi menjamin keselamatan pegawai dan anggota untuk bekerja dengan lebih selamat.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily mengadakan pertemuan tertutup dengan warga AKPS susulan insiden tembakan ke atas Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir pada pukul 5.40 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua suspek yang menunggang motosikal itu tersasar.

Tembakan pertama yang dilepaskan suspek terkena pada pintu kanan penumpang belakang, manakala tembakan kedua pada pintu penumpang hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN