fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan Naziee di TikToknya semalam.

[VIDEO] Berkampung ulat dekat ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat seorang wanita untuk menyokong peniaga tempatan di bazar Ramadan bertukar kecewa apabila ayam goreng yang dibelinya semalam didakwa mempunyai ulat.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pengguna dikenali sebagai Naziee meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas mendapati makanan yang dibeli di Bazar Taman Jana, Taiping, Perak tidak seperti diharapkan.

“Sihat ulatnya tengah menari. Niat hati hari ini (semalam) memang tak nak masak sebab nak support peniaga Bazar Taman Jana konon. Tapi tak sangka pula ini ‘rezeki’ yang saya dapat,” tulisnya.

Menurutnya, kejadian itu disedari selepas anaknya menjerit memanggilnya sebaik membuka bekas makanan tersebut.

“Nasiblah anakku belum makan lagi ayam tu. Buka je dia jerit ‘Mamaaaa! Ada ulat!’,” kongsinya.

Tambah Naziee, dia tidak menyangka peniaga sanggup mengabaikan aspek kebersihan demi keuntungan.

“Tolonglah peniaga, kalau nak berniaga tu biar ada keberkatan. Kita beli guna duit, bukan minta percuma. Janganlah sebab nak untung cepat, kebersihan dan kualiti makanan tolak tepi.

“Ini bukan setakat rugi duit, tapi dah spoil mood nak berbuka puasa satu keluarga. Aku memang tak halalkan duitku untuk makanan macam ni. Nasib saya bayar guna QR ada bukti,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana seorang rakannya tampil membantu menghantar lauk dan nasi bagi menggantikan juadah berbuka yang rosak itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa jijik dan menggesa pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan lebih ketat di bazar Ramadan bagi memastikan tahap kebersihan makanan sentiasa terjamin.

“KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup), KKM (Kementerian Kesihatan), minta penguat kuasa ada turun padang hari-hari pantau kualiti peniaga bazar. Memang ramai lepas hari pertama, recycle (kitar semula) makanan semalam tak habis untuk dijual semula. Ada ayam hitamg, ada lauk basi, ada makanan berlendir,” kata Syukri.

“Macam mana ya boleh ada ulat, meremang jadinya , ayam nampak macam elok lagi, sebeb terdedah ke lalat ke?,” soal @Nonaaaa.

“Adik saya pula beli ayam goreng subuh nak sahur, ayam tu panas-panas lagi dekat luar, tengah sedap makan baru tengok tulang tengah penuh ulat. muntah-muntah dia, tak jadi puasa,” kongsi Diyana. – KOSMO! ONLINE

@naziana_nazeri Sihat² ulat nya tengah menariii 😅 Niat hati hari ni memang tak nak masak sebab nak support peniaga Bazar Taman Jana konon . Tapi tak sangka pula, ini “rezeki” yang saya dapat. Sedih dan kecewa sangat bila peniaga tak jujur macam ni. Tolonglah peniaga, kalau nak niaga tu biar ada keberkatan. Kita beli guna duit, bukan minta percuma. Janganlah sebab nak untung cepat, kebersihan dan kualiti makanan tolak tepi. Ni bukan setakat rugi duit, tapi dah spoil mood nak berbuka puasa satu keluarga! Aku memang tak halalkan duit ku untuk makanan macam ni. Moga jadi pengajaran buat peniaga lain juga. nasib la anak Ku Belum makan lagi ayam tu..bukak² dia jerit mamaaaa ! Ada ulat ! 😤 Yang komen jangan Komen “sbb tu aku tk rajin nak mmbeli di bazaar” itu Kau bukan aku..Aku punya duit tak mintak duit Kau haa .aku tengah spoil mood ni 😅 Nasib ada bestie baik hati hantar lauk n Nasi . thankyou bestiee kuu 😌 📍 Lokasi: Bazar Taman Jana, Taiping. (Sila hati-hati ya semua kalau nak membeli). #bazartamanjana #taipingperak #kamuntingperak #boikotpeniagatakjujur #ramadan2026 ♬ original sound – naziee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN