fbpx
Gambar fail penjawat awam dalam satu majlis di Putrajaya.

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas kewangan 13 Mac 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 yang diumumkan Perdana Menteri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, dengan pembayaran dijadualkan pada 13 Mac 2026.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail berkata, bantuan sebanyak RM500 diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang layak, manakala pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen menerima RM250.

Beliau berkata, bayaran RM500 itu melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Gred 15 dan ke bawah atau setara merangkumi lantikan tetap, sementara serta kontrak (Contract of Service dan Pekerja Sambilan Harian).

“Turut layak ialah pegawai yang bercuti bergaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji, selain pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

“BKK berkenaan bagi pegawai yang dipinjamkan akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan sama turut dipanjangkan kepada personel MySTEP yang masih berkhidmat serta guru interim.

“Selain itu, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan, juga termasuk dalam senarai penerima.

“Bantuan ini turut melibatkan pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman,” jelasnya.

Katanya, pemberian bantuan khas itu juga dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah Subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN