fbpx
Shamsul Anuar

PDRM terima 4.1 juta laporan kes, aduan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 4,128,760 laporan pelbagai kes dan aduan daripada orang ramai sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebanyak 467,388 kes dan aduan dilaporkan tahun lalu itu dibuka kertas siasatan.

“PDRM sedia menerima laporan. Kita (malah) sudah pun menyebar luas kepada kakitangan (PDRM) kita di semua peringkat dan kepada rakyat apa tindakan yang telah diambil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Karpal (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang memperkenal undang-undang mewajibkan semua balai polis di seluruh negara menerima laporan pihak awam tanpa mengambil kira keadaan pakaian mereka

Terdahulu, Shamsul Anuar berkata, arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan kepada semua penjawat awam termasuk soal pakaian sudah memadai.

Menurut beliau, arahan itu selari dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2025.

Jelas beliau, ia juga selari dengan prinsip penyampaian perkhidmatan awam yang digariskan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2025

Bagaimanapun, katanya, PDRM meletakkan kes kecemasan atau situasi memerlukan bantuan serta-merta perlu diutamakan tanpa perlu kepada pematuhan kod etika berpakaian.

Kata beliau, antara kes itu adalah jenayah, kemalangan jalan raya, ancaman keselamatan serta kes-kes tertentu yang berpotensi mendatangkan tekanan emosi atau trauma.

“Ketetapan itu sudah pun disampaikan kepada semua Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melalui surat edaran Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman pada 29 Disember lalu.

“Ini bagi memastikan pelaksanaan seragam, jelas dan difahami semua pegawai yang terbabit di peringkat pelaksanaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI