fbpx
Tengku Zafrul

[VIDEO] “Jangan ‘spin’, ART sediakan payung sebelum hujan” – Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dakwaan bahawa Malaysia perlu menanggung bayaran tarif dua kali ganda akibat keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat terhadap pelaksanaan tarif timbal balas adalah tidak berasas dan salah fakta.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membidas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berhubung isu tarif dan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa tergesa-gesa.

“Apa benda yang kena bayar tarif dua kali ganda ni? Bila Mahkamah Agung Amerika Syarikat dah batalkan tarif, maknanya tarif 19 peratus yang kena pada Malaysia pun dah tak jadilah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan konsep ART sebenarnya mudah dan tidak serumit yang digambarkan sesetengah pihak.

Katanya, ART boleh diibaratkan seperti insurans perjalanan yang dibayar sebelum berlepas sebagai langkah perlindungan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.

“Orang selalu fikir takkan jadi apa-apa, tapi bila masuk hospital luar negara dan bil cecah puluhan ribu ringgit, masa itu baru faham kenapa takaful penting,” ujarnya.

Menurut beliau, pendekatan sama digunakan dalam rundingan perdagangan antarabangsa yang penuh ketidaktentuan.

Walaupun kes mahkamah berkaitan tarif sedang berjalan ketika itu, Malaysia tidak boleh mengambil risiko menunggu sehingga keputusan muktamad diumumkan.

“Kalau keputusan memihak kepada Trump, masa itu ke kita nak terhegeh-hegeh mula berunding? Dalam perdagangan global hari ini, siapa lambat bergerak akan bayar harga mahal,” tegasnya.

Tambah beliau, beberapa negara lain termasuk Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia turut mengambil langkah proaktif demi memastikan kepastian kepada industri masing-masing.

Zafrul menegaskan, keputusan berkaitan perdagangan bukan soal siapa paling lantang bercakap, sebaliknya siapa paling awal bertindak demi melindungi ekonomi, pekerjaan rakyat dan masa depan industri negara.- KOSMO! ONLINE

@tzafrul_aziz Malaysia kena tarif dua kali ganda banding negara lain? Janganlah spin macam tu sekali, Rafizi. #TZA #MADANIBekerja #EkonomiRakyat #ART ♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN