fbpx
Bekas minuman yang ditinggalkan di atas tembok berhadapan premis pakaian di Bangi Sentral, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Siapa punya air tertinggal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

DUA minggu lalu saya sempat berkunjung ke Bangi Sentral, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Lokasi ini ibarat ‘syurga’ buat orang ramai yang mahu mencari busana Hari Raya Aidilfitri.

Persalinan yang dijual bukan sahaja untuk wanita tetapi kanak-kanak dan kaum Adam. Dari pakaian sehingga kasut dan tudung termasuk telekung ada dijual di lokasi ini. Jenama- jenama terkenal turut bertapak di sini sehingga menjadikan ia lokasi tumpuan.

Tidak hairanlah umat Islam dari selatan dan utara sanggup datang ke sini untuk membeli-belah.

Bagaimanapun, ada yang menyakitkan mata tentang ‘perangai’ mereka yang berkunjung ke butik apabila ‘membuang’ bekas minuman di atas tembok depan premis.

Mungkin ada yang berfikiran hanya mahu meletakkan bekas minuman itu sekejap sementara masuk ke butik kerana risau tumpah, namun akhirnya terlupa untuk mengambilnya semula.

Malah mungkin juga yang tidak jumpa tong sampah dan jalan singkat buat-buat lupa tertinggal di atas tembok berkenaan.

Kepada pemilik premis anda mungkin boleh meletakkan tong sampah agar perkara sebegini tidak lagi terjadi kerana ia sungguh mencacatkan pemandangan dan kotor.

Saya yakin di bulan puasa ini jumlah pengunjung bertambah dan lebih banyak air ditinggalkan merata tempat.

CIK ANI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN