fbpx
Tangkap layar sekumpulan individu yang disyaki mencuri kabel di sekitar Shah Alam.

Geng curi kabel di Shah Alam diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sekumpulan lelaki diburu selepas dipercayai mencuri kabel dengan mengorek lubang di sekitar Seksyen 3 di sini, kelmarin.

Kejadian pada pukul 5 pagi itu disedari seorang penduduk lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang terdengar bunyi bising sebelum melihat suspek memotong kabel berhampiran rumahnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian itu turut tular menerusi rakaman video yang memaparkan suspek menggunakan beberapa kenderaan termasuk pacuan empat roda.

“Saksi cuba mengekori mereka, namun diberi amaran dan dikejar sebelum suspek melarikan diri. Kumpulan itu aktif dan mahir mencuri kabel berdasarkan kepada cara mengorek dan menarik kabel keluar sebelum memotongnya di lokasi sunyi bagi mendapatkan tembaga,” katanya hari ini.

Beliau berkata, setakat ini nilai kerugian masih dalam siasatan dan usaha memburu mereka yang terlibat sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tular video di media sosial memaparkan sekumpulan individu disyaki mencuri kabel di kawasan Seksyen 3.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN