fbpx
Mangsa, Mingfei Lan ditemukan lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi hari ini. - JBPM

Lelaki China ditemukan lemas di Tanjung Rhu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Mayat pelancong China yang didapati hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu, di sini semalam ditemukan tidak jauh dari lokasi kehilangannya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat mangsa, Mingfei Lan, 48, dari Shanghai ditemukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada pukul 9.45 pagi tadi.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di permukaan air berhampiran Pulau Chabang dengan jarak lebih kurang 50 meter. Hasil soal siasat di tempat kejadian, mangsa telah berenang pergi ke Pulau Chabang seorang diri pada pukul 5.30 petang semalam sebelum hilang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, anak mangsa menyedari mangsa tidak timbul sehingga pukul 6 petang dan memaklumkan insiden tersebut kepada pihak Tanjung Rhu Resort sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi tindakan lanjut dan urusan bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI