fbpx
Shazeli ketika majlis serah tugas antara Ramli dan Jit Huey (kanan) di IPD Klang Selatan.

Lim Jit Huey dilantik Ketua Polis Klang Selatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Polis Klang Selatan menerima kepimpinan baharu apabila Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilantik sebagai Ketua Polis Daerah berkuat kuasa hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Urus Setia Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman itu menggantikan Asisten Komisioner Ramli Kasa yang yang bersara wajib selepas hampir 11 bulan menerajuinya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, warga IPD itu diingatkan supaya terus menjadi benteng keselamatan untuk masyarakat setempat.

“Kita bukan sekadar melaksanakan undang-undang namun membawa harapan kuat kepada rakyat untuk hidup aman dan tenteram. Integriti juga adalah roh kepimpinan. Tanpa integriti kepimpinan akan goyah, tanpa tanggungjawab, amanah akan hilang,” katanya ketika berucap pada majlis serah tugas yang berlangsung di IPD Klang Selatan di sini.

Sementara itu, Jit Huey berkata, beliau akan melakukan pemerhatian peringkat awal sebelum sebarang transformasi dilaksanakan selaras fokus Ketua Polis Negara mengenai teknologi dan kecerdasan buatan (AI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN