fbpx
Batu aneh itu ditemukan di Holy Island, Northumberland. - BBC

Wanita jumpa batu ‘tersengih’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir batu ganjil menyerupai mulut dan gigi manusia ketika keluar mencari fosil bersama suaminya di sebuah pulau di England, lapor akhbar New York Post. 

Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh Christine Clark, 64 di Holy Island, Northumberland. Dia menyedari batu kecil itu seolah-olah memberikan senyuman kepadanya. 

“Batu itu menyerupai gigi palsu seseorang,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Selepas memuat naik imej batu itu di platform Facebook, batu pelik itu rupanya sejenis invertebrata laut purba yang dikenali sebagai krinoid.

Krinoid tergolong dalam keluarga filum sama seperti landak laut dan timun laut. Ia pertama kali muncul kira-kira 500 juta tahun lalu semasa Zaman Kambria.

Makhluk itu melekatkan diri pada dasar laut dengan batang yang fleksibel, manakala badannya dikelilingi lengan-lengang bercabang yang menyerupai bunga, menyebabkan ia digelar sebagai ‘teratai laut’.

Mulut pada batu yang ditemui Clark bukan gigi, sebaliknya salah satu batang yang membengkok dan terbentuk dalam rupa yang sesuai. 

“Ia berkemungkinan berasal daripada formasi batu dipanggil formasi Alston iaitu batu kapur gelap dan dianggarkan berusia kira-kira 350 juta tahun,”  kata ahli paleontologi kanan di British Geological Survey, Dr. Jan Hennissen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI