fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan rumah berkembar di kuarters guru SMK Tunku Putera, Langkawi malam ini.

Rumah kuarters guru di Langkawi terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Sebuah rumah berkembar di kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera di sini terbakar dalam kejadian malam ini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian kecemasan MERS999 pada pukul 7.52 malam.

Katanya, pihaknya mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat dan BBP Langkawi ke kuarters guru tersebut bagi kerja-kerja pemadaman api.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan satu unit kuarters guru berkembar kelas A setingkat dengan anggaran peratus kemusnahan sebanyak 20 peratus. Kemusnahan turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Volkswagen Polo yang musnah sebanyak 90 peratus dan tiada mangsa terlibat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran pam pili bomba dan dua aliran salur bantu mula dari tangki jentera.

“Operasi terkawal pada pukul 8.17 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.01 malam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN