fbpx
Suspek ditahan selepas mencuri barang kemas di Kedai Emas Burapa di Hat Yai baru-baru ini. - Thairath

Remaja rompak kedai emas, barangan lebih RM300,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Thailand ditahan selepas mencuri barang kemas bernilai 2.4 juta baht (RM300,600) bagi memenuhi ‘misi’ yang diberikan oleh rakan permainan dalam taliannya, lapor portal berita Must Share News. 

Rompakan berlaku di Kedai Emas Burapa dalam pasar raya Lotus’s di Hatyai, baru-baru ini. 

Suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal yang dicuri sebelum ditinggalkan di sebuah komuniti di daerah Na Mom. Dia kemudian melakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Hatyai. 

Dia merancang menuju ke daerah Khemarat dan melintasi sempadan untuk bertemu dengan rakannya yang dikenali melalui permainan online. 

Suspek diberkas di terminal bas Ubon Ratchathani, kira-kira 1,500 kilometer dari lokasi rompakan. 

Penyiasat berkata, remaja terbabit mendakwa bahawa dia didesak oleh rakannya untuk menyelesaikan misi merompak emas dan menghantar barang kemas itu kepadanya di Laos. 

Suspek sempat menyembunyikan barang kemas yang curi di dalam bilik sebuah pangsapuri tiga tingkat milik rakannya.

Polis menemukan 30 barang kemas termasuk 10 utas gelang tangan dan 20 utas rantai dengan berat keseluruhan mencecah 457 gram.

Bagaimanapun, penemuan 30 barang kemas itu masih kurang berbanding jumlah yang dilaporkan oleh kedai emas berkenaan. 

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada barang kemas yang tidak dijumpai itu telah dijual. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN