ALHAMDULILLAH, kita memanjatkan syukur kepada Allah kerana sekali lagi diberi peluang dan dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadan tahun ini. Ramadan hadir sebagai tetamu agung yang membawa rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Persoalannya, bagaimanakah kita menyambut kedatangannya? Adakah dengan jiwa yang rindu untuk beribadah, atau sekadar teruja dengan juadah berbuka dan persiapan hari raya? Bagi orang beriman, Ramadan adalah musim menuai pahala. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu……














