fbpx
JENAZAH Putra Aniq Fairuz ketika dituntut ahli keluarga di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini.

Lemas Tanjung Buloh: Mereka tidak mandi, tahu ombak kuat – Nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Ahli keluarga kanak-kanak mangsa lemas di pantai Tanjung Buloh di sini mendakwa mereka pergi ke lokasi tersebut bukan untuk mandi, sebaliknya hanya untuk beriadah.

Rupiah Ayoob, 66, berkata, ketika kejadian, cucunya, Allahyarham Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul, 11, bersama dua lagi kanak-kanak iaitu Mohamad Soleh Hazriq Mokhtar, 16, dan adiknya, Arman Hanif, 11, yang terselamat dalam kejadian itu sedang mencari kerang di tepi pantai.

Bahkan sebelum kejadian, katanya, mereka sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing selepas berkunjung ke pantai berkenaan sejak pagi.

“Anak saya beritahu mereka memang sudah berkemas untuk pulang. Ingatkan mereka bertiga (kanak-kanak) di atas rupa-rupanya dekat bawah tetapi bukan sedang bermandi-manda kerana mereka sudah bersiap nak balik. Tak sangka pula berlaku (lemas).

“Sebelum ini mereka merancang untuk pergi ke Kuala Lumpu kerana cuti sekolah tetapi tak jadi. Allah sudah tentukan mereka ke pantai.

“Mereka memang pergi ke sana bukan untuk mandi sebab tahu ombak kuat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Wanita itu dimaklumkan ketika kejadian, cucunya, Mohamad Soleh yang pandai berenang berjaya menyelamatkan adiknya, Arman, namun disebabkan keletihan, kanak-kanak tersebut gagal menarik sepupunya, Putra Aniq Fairuz yang dihanyutkan ombak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI