KUANTAN – Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa terdiri daripada tiga individu dewasa termasuk pasangan suami isteri dan dua kanak-kanak berusia tiga tahun dan setahun.
Setakat ini motif kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak polis masih melakukan siasatan di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE














