fbpx
Keadaan trafik terkini di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara susulan kemalangan di KM 443.4.

Raya pertama, trafik sesak 12 km di Lebuh Raya Utara-Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak sehingga 12 kilometer (km) susulan kejadian kemalangan di Kilometer 443.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Sungai Buaya ke Rawang, pagi ini.

LLM Info Trafik memaklumkan kerja-kerja pengalihan kenderaan dan pembersihan lokasi sedang dijalankan.

Katanya, lorong kanan dan lorong tengah di kedua-dua arah masih terhalang setakat ini.

“Bagi arah selatan, trafik bergerak perlahan sejauh empat kilometer, manakala arah utara mengalami kesesakan sehingga 12 km,” menurut hantaran tersebut.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Rawang atau Rawang (S) bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai turut disaran merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN