fbpx
Keadaan banjir di Kg. Dato Ahmad Syed, Meru Raya, Ipoh sekitar pukul 6.58 petang tadi. - Foto JBPM

Ipoh dilanda banjir kilat, PPS dijangka dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hujan lebat berterusan petang tadi di bandar raya Ipoh dan kawasan sekitar menyebabkan beberapa lokasi terjejas akibat dilanda banjir kilat.

Menerusi perkongsian video dan gambar di media sosial, antara kawasan dikenal pasti ditimpa musibah tersebut termasuklah kawasan perniagaan Gerbang Malam, selain taman-taman perumahan seperti Kg. Dato Ahmad Syed di Meru Raya.

Turut terjejas ialah Arena Kepayang Putra, Fair Park di Ipoh, dengan pemantauan berterusan dilakukan pihak berwajib seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Selain itu, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di Ipoh juga dinaiki air petang tadi sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sebagaimana video dimuat naik pengguna media sosial.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mereka menjangkakan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

“Jangkaan akan ada PPS yang akan dibuka. Untuk maklumat rasmi pembukaan akan saya maklumkan kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN