ROM – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila seorang lelaki gelandangan cuba menculik anak mereka yang berumur setahun di sebuah pasar raya di utara Itali, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di bandar Bergamo, wilayah Lombardy, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit memasuki pasar raya sebelum menarik kanak-kanak perempuan itu di hadapan ibu bapanya.
Penculikan itu berlaku ketika keluarga tersebut berjalan keluar dari pasar raya menggunakan pintu automatik.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantu untuk mendapatkan semula mangsa.
Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dia mengalami keretakan tulang paha.
Suspek yang merupakan warga Romania itu diberkas dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk disoal siasat. – AGENSI














