fbpx
XYFUL NASEEM didakwa berbogel depan wanita dan memiliki lebih 2,000 bahan lucah di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Pelajar didakwa bogel depan wanita, milik 2,000 video serta gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan berbogel di hadapan wanita serta memiliki lebih 2,000 video dan gambar lucah.

Tertuduh, Xyful Naseem Muzzammil Rizuwan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap suri rumah berusia 34 tahun dengan cara berbogel di Jalan Parit Sempadan Laut, Parit Raja, di sini, pada pukul 8 pagi, 26 Januari lalu.

Kesalahan ini dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyimpan bahan berupa 1,259 video dan 1,196 gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya dengan kesalahan itu juga dilakukan pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Seksyen 292 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua lagi rakannya sedang berjoging di Jalan Parit Sempadan Laut, Parit Raja dekat sini, sebelum terdengar bunyi sesuatu dari semak berhampiran.

Mangsa kemudian ternampak kelibat lelaki tidak dikenali di tepi semak dalam keadaan tidak berpakaian. Tidak terhenti di situ sahaja, malah tertuduh mengekori mangsa dan rakannya menyebabkan ketakutan lalu melarikan diri.

Ketika itu, mangsa turut menjerit meminta pertolongan penduduk berdekatan dan tertuduh bertindak lari ke dalam semak lalu memakai semula pakaiannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Suhaila Shafi’uddin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI