fbpx
MBAPPE kembali memperkuat Real untuk menentang Benfica awal pagi esok selepas tersisih ketika bertemu Sociedad sebelum ini. - AFP

UCL: Real bimbang malang berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Pengendali Real Madrid, Alvaro Arbeloa enggan episod malang berulang menjelang aksi play-off pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Benfica di Stadium Da Luz, awal pagi esok.

Sebagai rekod, kekalahan mengejut kepada Benfica dalam saingan liga pada bulan lalu menyebabkan hasrat Real untuk layak ke pusingan 16 terbaik secara automatik tidak kesampaian sekali gus diundi sekali lagi bertemu jaguh Liga Portugal itu.

Menurut Arbeloa, barisan pemain The Galacticos sudah belajar daripada kesilapan dan tentunya berharap dapat meraih bekalan selesa untuk dibawa ke Santiago Bernabeu pada aksi kedua minggu depan.

“Saya harap sejarah tidak berulang dan kali ini kami hadir dengan lebih bersedia ke tempat lawan. Saya jangkakan perlawanan yang sukar dengan tentangan sengit bakal diberikan oleh Benfica di hadapan penyokong setia nanti.

“Secara peribadi, saya tidak mahu pemain terlalu yakin kerana dalam tempoh 180 minit, apa sahaja boleh berlaku dan lebih baik kita terus cari keputusan positif pada aksi pertama supaya tidak pening kepala nanti,” katanya.

Sementara itu, Arbeloa mengesahkan mesin gol utama pasukan, Kylian Mbappe sudah cergas daripada kecederaan selepas disisihkan pada aksi La Liga ketika menentang Real Sociedad, Ahad lepas.

“Mbappe kini sudah bersedia untuk diturunkan. Punca dia tidak beraksi adalah kerana kita tidak mahu mengambil risiko kerana dia belum pulih sepenuhnya pada minggu lalu tetapi masih mahu diletakkan di bangku simpanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN