LONDON – Beribu-ribu rumah di Britain terputus bekalan elektrik selepas seorang lelaki memanjat menara elektrik bervoltan tinggi akibat kecewa dengan hubungannya, lapor akhbar Mirror UK.
Kejadian berlaku di Brighouse, West Yorkshire semalam.
Lelaki itu memanjat menara elektrik selepas berasa tertekan akibat masalah dalam hubungan dengan kekasihnya.
Pasukan kecemasan termasuk kru ambulans, polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan.
Gangguan bekalan elektrik itu melibatkan beberapa kawasan termasuk seluruh Brighouse, Lightcliffe dan Hove Edge.
Beribu-ribu rumah teputus bekalan elektrik, lapor portal berita Yorkshire Live.
“Pasukan kecemasan dikerahkan ke menara elektrik berhampiran Brighouse Marina pada pukul 9.15 pagi (waktu tempatan) hari ini (semalam) selepas seorang lelaki memanjat struktur tersebut.
“Lelaki itu turun pada pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) dan diberkas. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang jurucakap Polis West Yorkshire. – AGENSI














